Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Pinjaman Pendidikan bagi melanjutkan pengajian di institusi-institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh YP.
A) Sila lihat IKLAN PINJAMAN PENDIDIKAN SESI JULAI DAN SEPTEMBER 2011 untuk keterangan lanjut.
B) Sila rujuk Arahan & Syarat Kelayakan untuk memohon
C) Permohonan adalah seperti berikut :
| PROGRAM SEPENUH MASA | CARA MEMOHON |
|
1. Diploma/Ijazah Sarjana Muda di UniKL 2. Persediaan di IPTS 3. Diploma/Diploma Lanjutan Di Politeknik 4. Diploma di Kolej Islam Pahang (KIPSAS) |
Permohonan boleh dibuat terus secara online di http://sispen.yp.org.my DAN Tekan butang 'HANTAR' selepas permohonan secara online telah LENGKAP diisi DAN Seterusnya tekan butang 'CETAK' untuk muat-turun borang permohonan dan hantar bersama dokumen sokongan ke YP. |
| PROGRAM SEPARUH MASA | CARA MEMOHON |
|
5. Diploma/Ijazah Sarjana Muda PJJ/KLK/FLP
|
Permohonan dibuat secara online di http://sispen.yp.org.my DAN Tekan butang 'HANTAR' selepas permohonan secara online telah lengkap diisi (Tidak perlu tekan butang ‘CETAK' didalam E-submission) DAN Sila muat turun borang permohonan di ruangan Muat Turun Laman Web YP dan hantar bersama dokumen sokongan ke YP. |